Monday, April 13, 2015
Friday, March 28, 2014
Program Budi 2014
Pada 27 Januari 2014, Program Mentor Mentee atau Program Budi dengan julung-julung kalinya telah diadakan di peringkat sekolah. Pihak Pra Universiti telah meraikan hari tersebut dengan meriah sekali. Program tersebut bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan guru di samping guru memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar dalam semua aspek. Program ini diharapkan akan mencapai matlamat dan mengangkat nama Pra Universiti SMK Iskandar Shah pada masa akan datang.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jasin 2014
Pada hari Sabtu bersamaan 18 Januari 2014, seluruh warga MPPPUSIS telah menghadirkan diri ke perarakan majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jasin 2014. Seramai 7 orang guru dan 50 orang pelajar muslim Tingakatan 6 telah terlibat dalam majlis tersebut. Sambutan tersebut telah bermula dari Stadium Jasin ke Masjid Al-Ghaffar. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Wednesday, January 15, 2014
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2014
Pada hari Selasa , 15 Januari 2014 , MPPPUSIS telah menghantar wakil seramai 30 orang ke Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2014 yang diadakan di Stadium Hang Tuah Kubu hingga ke Masjid Al Azim Melaka.MPPPUSIS berarak dibawah kotinjen Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua peserta yang telah terlibat.
Antara ahli MPPPUSIS yang terlibat dalam Perarakan Maulidur Rasul
Ahli MPPPUSIS bersama ahli Sahabat Belia
Friday, January 10, 2014
KEM JATI DIRI TINGKATAN 6 2013
KEM JATI DIRI TINGKATAN 6 2013
Program ini telah diadakan pada 5,6,dan 7 Julai 2013, di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah, Melaka. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj, Zolkaply b Yunus, Pengetua Cemerlang SMKIS. 63 orang pelajar tingkatan 6 bawah telah menyertai program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)